Monday 25 April 2016

Fitnah dari RBA DAP Liaw Kim Juan


PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dalam satu kenyataan mengesahkan petikan titah yang dikaitkan dengan Sultan Johor sebelum ini adalah fitnah.



Melalui laman Facebooknya semalam, Raja Zarith Sofiah juga menyertakan salinan titah yang didakwa dikeluarkan oleh Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan yang tersebar sebelum ini.

"Sila ambil perhatian: DYMM Sultan Johor tidak bertitah dan mengeluarkan kenyataan seperti yang tertera. Ia adalah palsu. Tolong sebarkan," tulis Raja Zarith Sofiah.

Titah palsu berkenaan berbunyi "Kerajaan Umno perlu berhenti memperdayakan rakyat Malaysia dengan segala tipu helah."

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin juga menafikan kesahihan titah tersebut dan bertegas untuk mengambil tindakan sewajarnya ke atas individu yang bertanggungjawab.
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak pernah mengeluarkan titah yang ditujukan kepada kerajaan Umno untuk berhenti memperdayakan rakyat yang kini menjadi viral di laman-laman sosial.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan penyebaran kenyataan yang memetik Sultan Ibrahim itu berniat jahat.

"Sultan tidak pernah langsung menulis atau menitah sedemikian, itu adalah tindakan dan niat jahat pihak-pihak tertentu yang hendak melaga-lagakan Tuanku dan kerajaan sedia ada.

"Saya ingin nyatakan, Tuanku ada memaklumkan untuk menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu tidak benar," katanya.

Tegas Mohamed Khaled tindakan sewajarnya akan diambil bagi individu yang didapati menyebar kenyataan palsu tersebut.
http://www.sinarharian.com.my/nasional/bukan-kenyataan-sultan-johor-palsu-1.425778

http://www.sinarharian.com.my/nasional/raja-zarith-sofiah-titah-palsu-tolong-sebarkan-1.431242

No comments:

Post a Comment